Thursday, June 18, 2009

Manisnya Cinta Kita

Andai relung hatimu
berbaja risau, maaflah
kerana kebun takdir ini
buahnya penuh hijab
entahkan manis
entahkan masam
kita mencari, menduga
dengan indera penuh batas
sesekali tertipu kita belajar
menghitung musim, menelah rasa
kerana
manisnya cinta itu
kadangkala kulitnya jelik, pelik
tapi isinya putih
penuh cinta
penuh syurga

1 komen:

Anonymous said...

awak betul..
tapi untuk buang kulit itu
aku kupas dengan air mata