Thursday, May 02, 2013

Sekejap


Perkenalan sekejap
Belum pun kenangan berlonggok
Di sela tarik dan desah masa
Kau bawa jiwa putih penuh cinta
Pergilah
Kerana kasih Tuhan kepada hamba-Nya

*Al-fatihah buat adik iparku, Mohd Fitri Mansor, 22.
(30/05/2013)

Tuesday, March 05, 2013

Sesekali


Sesekali,
kalau kau singgah ke teratak ini
tiada lagi lalang panjang
cuma ada
rumput pendek dan bunga renek
segalanya elok, molek
nesan kenangan kita
sudah lama mereput
dikambus tanah rata
sedikit pun tiada bersisa

Namun,
pedih dan luka itu
sesekali datang
bagai semilir
merenggut perasaan

Sesekali juga
aku tertanya
kalaulah,
engkau tidak pernah jadi yang pertama
apakah aku faham
makna cinta dan setia
redha dan terima

Monday, January 21, 2013

Hadiah dari langit



Sampai suatu masa
kau akan merdeka, punya banyak pilihan
Jangan gusar jika hidup ini payah
kerana kepayahan itulah 
buatkan hidup kita lebih bermakna, bahagia
Asalkan kau mengerti 
tentang erti dan rahsia
hidup dan perjalanan
yang ditentukan Dia yang Esa