Menyebut namamu pun aku tidak mampu
kerana rindu yang engkau pasung
menjadi jantur malamku
Menyebut namamu pun aku tidak mampu
kerana kasih yang engkau bendung
menjadi ranjau mimpiku
Kekasih,
kalau kerana mimpi ini
dapat aku berterusan bercinta denganmu
mahu saja
terus aku tidur sebegini
kerana dalam kamar sedar ini
engkau sebenarnya
sudahpun bangun meninggalkan aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
=)
mimpi akan kekal sebagai mimpi..tapi kita tak akan selamanya mampu kekal bermimpi..
tersentuh (-.-)
"kalau kerana mimpi ini
dapat aku berterusan bercinta denganmu"
..saya memang harap dapat terus bermimpi...aduhhh
Post a Comment