Malam itu tidak hujan
Angin pun tidak mahu menegur
Engkau pula bersembunyi di hujung air mata
Dan aku terbiar
membaca keputusan
pada perca kebenaran
yang kau tulis luka di dalamnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Engkaukah yang menjara kembara laraku?
- Azhan Uthmani
1 komen:
sarat dengan kelukaan..
*sedih*
Post a Comment