Sunday, April 30, 2006

Ceritera Penjual Jigsaw Puzzle

Dia masih tidak sanggup
membeli permainan kesukaannya itu
sebuah jigsaw puzzle berlukisan hati
yang coraknya sudah sedia tercantum
dan dia tak perlu susah untuk mencantumnya lagi
kerana katanya
permainan ini terlalu mahal
meskipun sudah lama aku menjualnya
pada harga yang paling rendah

Dan
dia tergopoh lari
ketika aku bersungguh menawarkannya secara percuma
lalu dia meninggalkan aku
termanggu

Hatiku berbisik sendiri
tidakkah dia pernah tahu
hanya dia satu-satunya
pembeli jigsaw puzzle itu?

1 komen:

Anonymous said...

hai,

best cite2 awak. saya suke bace. ayat bleh tahan gak. u make me happy....tq so much.