Gadis,
Kulihat kau termenung bingung
Katamu ada kasih yang tertagih
Ada rindu yang menunggu
Lalu kau jualkan cinta dan nyawa
Pada harga-harga diri yang panjang
Yang tak terhitungkan
Mengapa hilang?
Gadis,
Setelah sanggup kau tukarkan
Sepi mimpi menjadi janji
Dan kau tinggalkan
Cinta-cinta yang menyapa
Mengapa mahu kau kutip kembali
Khabar duka yang terluka
Dan picis sayang yang terhutang
Gadis,
Mengapa tergapah membuka jendela rindu
Kau sisihkan cinta dari kekasih yang tak menyisih
Dan saat kau masuki jalanan itu
Janganlah kau kesalkan
Kerana hari-hari itu
Adalah hentian dari kejauhan
Adalah kemanisan yang memilukan
Mohd Azhan Othman,
Shah Alam
Kulihat kau termenung bingung
Katamu ada kasih yang tertagih
Ada rindu yang menunggu
Lalu kau jualkan cinta dan nyawa
Pada harga-harga diri yang panjang
Yang tak terhitungkan
Mengapa hilang?
Gadis,
Setelah sanggup kau tukarkan
Sepi mimpi menjadi janji
Dan kau tinggalkan
Cinta-cinta yang menyapa
Mengapa mahu kau kutip kembali
Khabar duka yang terluka
Dan picis sayang yang terhutang
Gadis,
Mengapa tergapah membuka jendela rindu
Kau sisihkan cinta dari kekasih yang tak menyisih
Dan saat kau masuki jalanan itu
Janganlah kau kesalkan
Kerana hari-hari itu
Adalah hentian dari kejauhan
Adalah kemanisan yang memilukan
Mohd Azhan Othman,
Shah Alam