Thursday, May 02, 2013
Tuesday, March 05, 2013
Sesekali
7:53 PM
(Coretan oleh
Unknown)
Sesekali,
kalau kau singgah ke teratak ini
tiada lagi lalang panjang
cuma ada
rumput pendek dan bunga renek
segalanya elok, molek
nesan kenangan kita
sudah lama mereput
dikambus tanah rata
sedikit pun tiada bersisa
Namun,
pedih dan luka itu
sesekali datang
bagai semilir
merenggut perasaan
Sesekali juga
aku tertanya
kalaulah,
engkau tidak pernah jadi yang pertama
apakah aku faham
makna cinta dan setia
redha dan terima
Monday, January 21, 2013
Hadiah dari langit
5:00 PM
(Coretan oleh
Unknown)
Sampai suatu masa
kau akan merdeka, punya banyak pilihan
Jangan gusar jika hidup ini payah
kerana kepayahan itulah
buatkan hidup kita lebih bermakna, bahagia
Asalkan kau mengerti
tentang erti dan rahsia
hidup dan perjalanan
yang ditentukan Dia yang Esa
Wednesday, September 19, 2012
Abadi
2:54 PM
(Coretan oleh
Unknown)
Jumaat itu
langit kelabu
tidak seperti selalu
aku terperuk di tangga batu
dengan luruh jantung
dan air mata tak terbendung
Kenangan kita mengapung
dalam duka membasah
sengaja aku biar pedih
biar sampai letih
dan bengkak mata
Tiada lagi harum kemboja
cuma tinggal kuntum doa
biar jasad dimamah bumi
tinggal ingatan membugar abadi
*Al Fatihah buat bapa saudara tercinta, Abdul Ghani Mohd Ibrahim (14/09/2012)
Monday, February 07, 2011
Maknanya Cinta III
2:21 AM
(Coretan oleh
Unknown)
Wajahmu
kadangkala menjelma
di papan tanda
di jalan raya
di langit awan
di gelas cawan
di mana-mana
Ah, wajahmu di mana-mana..
Friday, January 28, 2011
Maknanya Cinta II
3:16 AM
(Coretan oleh
Unknown)
Aku membayangkan
malam yang penuh rajuk itu
hatimu remuk, kecamuk
kau terlentang pada ranjang malam
meratib cinta yang suram
Thursday, January 20, 2011
Maknanya Cinta I
3:05 AM
(Coretan oleh
Unknown)
Sudah lama
tidak aku tulis puisi
buatmu, perempuan
kerana
hidup dalam kembara lara ini
jadikan aku si kerdil
yang memencil diri dalam kelongsong masa
lena dalam sifar
sedetik pun tidak berganjak
Subscribe to:
Posts (Atom)